Tanya 3 Soalan Mudah Ini Kepada Penjual Madu Tualang Anda!

Sejak dari zaman datuk dan nenek kita lagi dah diketahui madu tualang terkandung pelbagai khasiat. Beruntung benar kalau dapatkan amalkan madu yang benar-benar asli!

Tapi apa yang kurang enaknya ialah bila ramai yang palsukan madu sebab nak untung cepat. Kebanyakan dari kita pun dah jadi ragu-ragu nak beli dan amalkan madu.

Awas! – Jika terbeli dan teramal madu yang palsu (ditambah gula sintetik) memang akan beri risiko yang sangat serius kepada kesihatan kita.

Kredit Berita Harian

Terlalu banyak teknik tradisional dan moden yang dah berjaya ditiru oleh penjual madu di luar sana.

Jadi dalam post ni, kami akan kongsikan 3 soalan mudah (kepada penjual madu) supaya anda boleh kenal pasti keaslian madu yang anda amalkan. Barulah yakin nak beramal.

Sebelum tu, ketahui punca utama kenapa ada ramai penjual madu palsu di pasaran

1. Bekalan madu yang sering terputus
Sangat sukar untuk dapatkan madu tualang dalam kuantiti yang besar pada masa ini. Banyak hutan telah diteroka untuk dijadikan kawasan ladang. Jadi madu lebah hanya boleh dituai pada musim-musim tertentu sahaja.

2. Kemasukan banyak madu sintetik dari negara luar
Dilaporkan kira-kira 3000 tan madu sintetik masuk dari negara China. Dengan harga yang sangat murah, tak hairan ramai yang gelap mata nak dapatkan wang dengan mudah.

3. Persaingan harga
Penjual madu terpaksa bersaing dengan harga madu tiruan yang rendah. Jadi untuk lebih kompetatif, mereka terpaksa mencampurkan madu tualang dengan gula ataupun madu sintetik

Sepanjang pengalaman kami dalam industri ini, kami amalkan 3 tips ini, Alhamdulillah tak tertipu lagi dengan lambakan madu palsu di pasaran

Pertama, tanyakan berkenaan kewujudan Team Pemburu Madu Tualang. Dapatkan bukti dokumentasi tuai secara berkala, bukan 1 video untuk marketing sepanjang tahun.

Kedua, kenalpasti di mana wujudnya kilang penapisan sarang madu Tualang yang boleh dikunjungi serta berkelulusan MeSTI KKM. Pastikan juga ada sarangnya. Ada madu Tualang, pastilah ada bekalan sarang Tualang nya sekali. Ini tidak boleh tidak!

Dan akhir sekali, baru lah dapatkan laporan ujian makmal. Harus diingat, Madu import China juga lengkap ujian makmal nya. Tanpa (2) dua kaedah diatas, ujian makmal tidak berguna lagi kerana ujian makmal lah paling mudah dimanipulasi dan paling ramai orang terpedaya dengan hanya melihat ujian makmal.

Hal ini disebabkan ujian makmal hanya melakukan sampling ke atas 100 ml Madu sahaja. Tiada jaminan kualiti keseluruhan madu yang dijual adalah tulen.

Dalam post ni, anda dah tahu 3 soalan yang dapat bantu anda untuk kurangkan risiko terbeli madu palsu atau pun yang tidak asli supaya anda dapat amalkan madu tanpa ragu-ragu

Penting untuk anda amalkan langkah-langkah ini supaya anda tidak ragu-ragu lagi untuk amalkan madu tualang untuk tingkatkan kesihatan anda. Hanya perlu tanyakan sahaja pada pembekal madu anda.

Terima kasih kerana luangkan masa untuk baca artikel kami, jangan lupa share post ini supaya dapat sama bantu orang lain yang ada masalah yang sama.

Pastikan anda like page kami supaya anda tak tertinggal dengna tips dan petua yang akan bantu anda untuk amalkan madu tanpa ragu-ragu lagi

Terima kasih, jumpa lagi.

PS : Nak dapatkan Madu Tualang Asli?

Klik link di bawah untuk buat belian

https://anekafoodsupply.com/?product=madu-quad

Atau Whatsapp kami di https://mtp.wasap.my

Terima kasih ya!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top