3 Tips Penting Untuk Pastikan Madu Tualang Anda Benar-benar Asli

Dari dulu lagi dah diketahui madu tualang terkandung pelbagai khasiat. Kalau dapatkan amalkan madu yang benar-benar asli setiap hari memang beruntung.

Tapi apa yang tak bestnya ialah bila dah ramai yang palsukan madu sebab nak untung cepat. Mulalah kita jadi ragu-ragu nak beli dan amalkan madu.

Bukan tu sahaja, kalau terbeli dan teramal madu yang palsu (ditambah gula atau sintetik) memang akan beri risiko yang sangat serius kepada kesihatan kita.

Dalam post ni, kami akan kongsikan bagaimana anda boleh kenal pasti keaslian madu yang anda amalkan supaya anda dapat beramal dengan yakin dan beroleh manfaat dari madu yang kaya dengan khasiat.

Punca utama kenapa ramai penjual madu palsu di pasaran

  1. Bekalan madu yang sering terputus
    Sangat sukar untuk dapatkan madu tualang dalam kuantiti yang besar pada masa ini. Banyak hutan telah diteroka untuk dijadikan kawasan ladang. Madu hanya boleh keluar pada musim-musim tertentu sahaja.
  2. Kemasukan banyak madu sintetik dari negara luar
    Dilaporkan kira-kira 3000 tan madu sintetik masuk dari negara China. Dengan harga yang sangat murah, tak hairan ramai yang gelap mata nak dapatkan wang dengan mudah.
  3. Persaingan harga
    Penjual madu terpaksa bersaing dengan harga madu tiruan yang rendah. Jadi untuk lebih kompetatif, mereka terpaksa mencampurkan madu tualang dengan gula ataupun madu sintetik

Madu Quad Versi Sarang

Sepanjang pengalaman kami dalam industri ini, kami amalkan 3 tips ini, Alhamdulillah tak tertipu lagi dengan lambakan madu palsu di pasaran

  1. Kenalpasti kewujudan Team Pemburu Madu Tualang. Ada bukti dokumentasi tuai secara berkala. (Bukan 1 video untuk marketing sepanjang tahun).
  2. Kenalpasti wujud kilang penapisan sarang madu Tualang yang boleh dikunjungi serta berkelulusan MeSTI KKM. (Ada madu Tualang, pastilah ada bekalan sarang Tualang nya sekali). Tidak boleh tidak.
  3. Akhir sekali, baru lah kenalpasti laporan ujian makmal yang sedia ada. Harus diingat, Madu import China juga lengkap ujian makmal nya. Tanpa (2) dua kaedah diatas, ujian makmal tidak berguna lagi kerana ujian makmal lah paling mudah dimanipulasi dan paling ramai orang terpedaya dengan hanya melihat ujian makmal. Hal ini disebabkan ujian makmal hanya melakukan sampling ke atas 100 ml Madu sahaja. Tiada jaminan kualiti keseluruhan madu yang dijual adalah tulen.

Dalam post ni, anda dah tahu 3 tips untuk kurangkan risiko terbeli madu palsu atau pun yang tidak asli supaya anda dapat amalkan madu tanpa ragu-ragu

Hanya bahagian ‘Honeycell’ dituai

Penting untuk anda amalkan langkah-langkah ini supaya anda tidak ragu-ragu lagi untuk amalkan madu tualang untuk tingkatkan kesihatan anda.

Terima kasih kerana luangkan masa untuk baca artikel kami, jangan lupa share post ini supaya dapat sama bantu orang lain yang ada masalah yang sama.

Pastikan anda like page kami supaya anda tak tertinggal dengna tips dan petua yang akan bantu anda untuk amalkan madu tanpa ragu-ragu lagi

Terima kasih, jumpa lagi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top