Mengapa Madu Tualang Bergas?

“Poslaju baru hantar madu tualang. Bila buka, madu tu macam bergas. Kenapa ya?”

Bila ada gas itulah salah satu poin yang menunjukkan madu tu betul-betul madu tualang asli. Mereka yang dah amalkan madu tualang dari dulu tahu sifat madu tualang.

Berdasarkan report makmal, madu hutan mengandungi kadar enzim hidup (aktif) yang tinggi. Kalau madu Tualang jenama “Madu Quad” ini kadarnya tinggi 14.2 DN. Madu lebah biasa 4 – 8 DN sahaja.

Semakin tinggi enzim, semakin berkhasiat madu itu.

Enzim ini berasal dari air liur lebah madu. Mungkin disebabkan lebah Tualang ini merupakan lebah madu gergasi dan terbesar dunia, jadi kadar enzimnya tinggi.

Ingat tak belajar sains dulu? Kalau air liur manusia dinamakan enzim amilase. Air liur lebah, disebut enzim diastase. Manfaatnya sangat baik untuk pencernaan dan antibakterial semula jadi.

Jadi berlaku tindak balas fermentasi dalam botol madu itu.

Itu yang orang kata jangan goncang botol madu, nanti meletup!

Cara meredam gas macam mana?

  1. Elakkan botol digoncang.
  2. Cucuk penutup botol nya dengan pin macam ni.
  3. Simpan madu dalam chiller (suhu 16 – 18 darjah celcius)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top